BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 6, 2009

:: KLINIK PAINTBALL RAKAN MUDA KECERGASAN DAERAH MUAR 2009


Pada 3 Oktober 2009 yang lalu seramai 20 orang peserta telah mengikuti Klinik Paintball Rakan Muda Kecergasan Daerah Muar 2009 anjuran Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar. Bertujuan untuk mempromosikan sukan paintball dan juga melahirkan marshall di dalam sukan ini, klinik ini telah dilaksanakan di Pusat Sukan Paintball Daerah Muar. Klinik ini telah dikendalikan oleh En Junaidi Kalil dari Malaysian Marshals (MM) dan En Redza Yusop serta rakan-rakan dari pasukan XFox, Johan keseluruhan Divisyen 1, Malaysia Paintball Official Circuit 2009.

Sehubungan dengan itu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Malaysian Marshals, pasukan Xfox dan Pusat Sukan Paintball Daerah Muar di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan untuk menjayakan program ini. Disamping itu juga jutaan terima kasih kepada Propaintball, Napshot dan PaLS di atas sumbangan cenderahati dan penajaan bagi menyerikan lagi perlaksanaan program ini.

Sunday, September 27, 2009

:: UPDATED : Klinik Paintball Rakan Muda Kecergasan 2009 ::

Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar dengan kerjasama Malaysian Marshals akan menganjurkan Klinik Sukan Paintball Rakan Muda Kecergasan 2009 pada ketentuan berikut :

Tarikh : 3 Oktober 2009, Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Sukan Paintball Daerah Muar, Jalan Dato' Hj Kosai
Yuran : RM 10.00

Klinik ini akan dilaksanakan oleh ketua pengadil paintball dari Malaysian Marshalls, En Junaidi Khalil dan jemputan khas pasukan XFox, johan keseluruhan divisyen 1 Malaysia Paintball Official Circuit 2009. Tempat adalah terbuka kepada 30 peserta terawal sahaja. Sila bawa marker dan facemask anda jika anda memiliki peralatan ini. Jika tiada pihak penganjur akan menyediakan peralatan di atas. Peserta berpeluang memiliki beberapa hadiah dari penaja , Propaintball.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi En Mohd Shahrul Nizam di talian 06-9555177 atau 019-6975344

Wednesday, September 9, 2009

:: SELAMAT HARI RAYA

Kami kakitangan Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Pusat ini akan ditutup daripada 19 September sehingga 22 September 2009 sempena cuti hari raya aidilfitri. Pusat ini akan dibuka semula seperti biasa pada 23 September 2009.

Ikhlas dari kami,

Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Mustaffa - Pegawai Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar
Mohd Helmy bin Mohd Sani - Penolong Rakan Muda
Hafiza binti Abd Ghafar - Penolong Rakan Muda

Sunday, July 12, 2009

:: PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR DAERAH MUAR 2009

Kumpulan Kelab Seni Warisan Kategori Terbuka membuka langkah



Kumpulan Kelab Seni Warisan Kategori Mukim Sg Terap beradab masuk

Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar telah menghantar 2 pasukan daripada Kelab Seni Warisan yang bernaung di bawah pusat ini ke Pertandingan Zapin Johor Daerah Muar. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori dan pasukan ini bertanding di dalam kategori terbuka dan mukim dan keputusannya, pasukan Kelab Seni Warisan PKRM Muar telah menjadi Johan kategori terbuka dan Kelab Seni Warisan Mukim Sg Terap memenangi kategori mukim. Justeru itu kedua-dua pasukan akan mewakili daerah Muar ke peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada Oktober ini di Johor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli pasukan ini yang memberikan komitmen dan usaha yang tinggi bagi memastikan kemenangan dapat dicapai. Syabas dan tahniah!


Disamping itu juga, pasukan paintball pusat ini, PKRM Fraternity telah memperolehi tempat ke 4 Pusingan ke-4, Malaysia Paintball Official Circuit 2009 (MPOC). Ini merupakan pencapaian terbaik setelah hanya mampu menduduki tangga ke 9 pada pusingan 1 liga ini. Pasukan ini akan beraksi di Liga Paintball Kebangsaan Pusingan ke 4 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan Melaka dan Pusingan ke 5 MPOC di Xtion Paintball Bukit Jalil pada Ogos tahun ini. Untuk maklumat lanjut layari www.pkrmfraternity.blogspot.com